Jennifer Garner di cium !!!

Jennifer Garner terkejut semasa red carpet di Anugerah Oscars kerana secara tiba-tiba Gary Busey mencium beliau. Perkara tersebut berlaku semasa Jennifer Garner sedang di temubual oleh pengacara red carpet Ryan Seacrest.
Dalam kejadian tersebut, kelihatan Jennifer Garner seperti belum mengenali Gary Busey, tetapi secara tiba-tiba Gary mencium beliau. Jennifer Garner berasa bimbang selepas kejadian tersebut kerana Gary Busey masih lagi berada di sisi beliau, lalu Jennifer Garner mencari suaminya Ben Affleck. Namun rakannya Laura Linney yang telah menolong Jennifer Garner dengan membawa beliau pergi dari Gary Busey.


