Britney Spears mungkin berbadan dua

Hari yang ditunggu sudah tiba. Jawapan untuk hubungan Britney Spears dengan seorang paparazi bernama Adnan Ghalib akhirnya terbongkar dengan sendirinya.
Adnan memberitahu secara umum bahawa britney sedang mengandung anak beliau.
Mungkin betul, mungkin tidak. Apa-apa pun harap Britney dapat membuat keputusan dengan baik tentang kehidupan beliau buat masa ini. Jangan pula nanti sudah dapat anak yang ketiga ini, tiba-tiba cerai lagi.
Jennifer Love Hewitt kembali lagi !!!

Baru-baru ini Jennifer Love Hewitt telah menghadiri “The Envelope Please” 7th Annual Oscar yang telah diadakan di Abbey West Hollywood. Dalam program tersebut Jennifer Love Hewitt telah menjadi pengacara dan memakai gaun putih Elsie Katz Couture. Lebih kurang 500 orang telah menghadiri program tersebut. Program tersebut bertujuan untuk mengumpul derma bagi “AIDS Project Los Angeles”. Derma yang telah dikumpul hampir $500,000.
Jennifer Garner di cium !!!

Jennifer Garner terkejut semasa red carpet di Anugerah Oscars kerana secara tiba-tiba Gary Busey mencium beliau. Perkara tersebut berlaku semasa Jennifer Garner sedang di temubual oleh pengacara red carpet Ryan Seacrest.
Dalam kejadian tersebut, kelihatan Jennifer Garner seperti belum mengenali Gary Busey, tetapi secara tiba-tiba Gary mencium beliau. Jennifer Garner berasa bimbang selepas kejadian tersebut kerana Gary Busey masih lagi berada di sisi beliau, lalu Jennifer Garner mencari suaminya Ben Affleck. Namun rakannya Laura Linney yang telah menolong Jennifer Garner dengan membawa beliau pergi dari Gary Busey.
Angelina Jolie mengandung

Alamak… Besarnya buah!

Lindsay Lohan bogel?


Ya betul! Lindsay Lohan mengambil gambar dengan keadaan bogel untuk majalah New York baru-baru ini. Mengikut sumber, gambar Lindsay Lohan diambil mengikut gaya mendiang Maryln Monroe.
JLO melahirkan anak kembar perempuan dan lelaki.
Jennifer Lopez bergelar ibu setelah melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan di New York.
Marc Anthony sebagai bapa kepada anak-anak ini, selamat dilahirkan awal pagi jumaat di North Shore University Hospital dalam daerah Long Island.
Anak perempuan lahir pada pukul12:12 pagi., beratnya 57 auns berikutnya anak lelakinya pada pukul 12:23 pagi., beratnya 6 paun
Simon Fields, wakil Lopez menyatakan, “Jennifer dan Marc cukup bersyukur kepada tuhan atas rahmatNya kepada mereka”
Pasangan itu kembali dengan berita melahirkan anak pada konsert di Miami akhir tahun lepas. Bapa JLo yakin anaknya akan mendapat pasangan anak kembar bulan lepas.
Lopez dilaporkan membuat pemeriksaan tahap kesihatan pada hari Rabu lalu.
Ini adalah anak yg ke empat dan kelima buat Marc Anthony yang sebelum ini mempunyai 3 anak dari perhubungan yang lalu.
Britney Spear dibenarkan berjumpa dengan anak2nya
Artis bermasalah Britney akan berusaha untuk mendapatkan hak berjumpa dengan anak-anaknya awal minggu ini walaupun sebelum ini gagal.
Penyanyi “toxic” ini telah dilarang berjumpa dengan anaknya Sean Preston 2 dan Jayden James 1, bulan lepas selepas pertelingkahan telah berlaku di rumahnya Bevery Hills pada masa akhir jadual lawatannya. Dalam kes hujah mahkamah memutuskan hakim tidak akan mengubah semula perjumpaan Britney mengikut jadual yang telah ditetapkan, walaupun Britney dan bekas suaminya Kevin Federline telah membuat perjanjian baru antara mereka selepas mereka berjumpa dengan anak2 mereka.
Berdasarkan rayuan mahkamah gagal, Kevin mahukan masalah dapat diselesaikan supaya anak-anak dapat disatukan dengan emak mereka Britney. Mark Kaplan peguam Kevin berusaha untuk mendapatkan kebenaran mahkamah induksi perjumpaan anak-anak dengan Britney, tiada pernyataan mahkamah dimasukkan.
Kevin telah mendapatkan hak penjagaan anak-anak pada bulan Oktober tahun lepas dan telah melanggar hak itu selepas perselsihan telah berlaku antara mereka.






